ترحيب :) = SELAMAT DATANG :)

Sunday, 25 August 2013

Assalamualaikum  :) Hye korang. Ni kak Mirae. Apa kabar? Sihat?  Akak rindu sangat kat korang.. rindu Badar.. rindu adik2 usrah.. rindu cikgu2 kat maktab :'( Actually akak saje je nak try post kat blog badar ni. Dah lama sgt x bukak.. sampai lupa dah password nye. hihi.. akak try tanya mega and nasib baik mega tau. Tu yang nak post ni. hehe.. Apa citer badar sekarang? mcm mn usrah? berjalan dgn baik dan lancar? ada masalah? biasalah.. itu namanya cubaan.. kan3?? hadapi je lah dengan sabar.. hehe :) Okey lah.. akak pun x tau nak tulis apa lagi. haha. btw, good luck utk trial form5.. tak lama lagi kan? semoga kalian semua berjaya dengan cemerlang dlm Spm 2013 ni ye :) Kirim salam kat cikgu2 maktab :) ada masa akak melawat maktab. isyaAllah. Assalamualaikum :)

Friday, 19 October 2012

Satu Hati

Assalamualaikum...
apa kahabar..hmm..sebenarnya kami ingin berkongsi tentang perkembangan usrah kami..
usrah kami telah mempunyai lagu temanya tersendiri iaitu lagu..
SATU HATI oleh La Khauf...
lagu ini merupakan lagu islamik yang menggambarkan sifat jihad kita sebagai umat ISLAM...
meh kita semua dengar lagu ini...


Friday, 5 October 2012

Tutorial Melipat Telekung

Assalamualaikum...
pada kali ini kami pihak BADAR MRSMBPJ 12/13 ingin mengajar anda cara-cara melipat telekung dengan betul dan kemas.. kami telah menyediakan satu video tutorial bagi memudahkan anda.. kami selitkan juga sebuah sketsa pengajaran untuk tontonan anda semua.. dan ambillah pedoman menerusi sketsa yang telah tontonkan.. jadi.. apa tunggu lagi.. Selamat Mencuba!



Saturday, 17 March 2012


Bestfriend Till Jannah


baby

Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja. Tangan dilarikan di skrin. Unlock.
new message.
Open. Mata dilarikan membaca isi kandungan pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.
Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.
Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.
Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.
Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.
Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.
Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.
Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.

 Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati. 

Aku pasti.
Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.

Aku pasti.
Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.
Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.
Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.
Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.
Andai sahaja dapat aku kongsi.
Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.
Kamu janji, tunggu aku ya?

Monday, 6 February 2012

Petua rasulluah menjaga kesihatan


 Semua orang nk badan yang sihat dan kuat mcm....

sazali samad

hensem dan kacak mcm ...




aeron aziz


cantik dan cun mcm ....

wardina safiyyah

anda tidak perlu untuk mencari pil-pil pelangsing atau pil kecantikan untuk terus cute dan macho..ini bukan satu lagi iklan pil tetapi satu lagi cara untuk terus sihat antaranya :.........



PETUA IMAM SYAFIE
Empat perkara menguatkan badan:
  1. Makan daging.
  2. Memakai haruman.
  3. Kerap mandi.
  4. Berpakaian dari kapas.
Empat perkara melemahkan badan:
  1. Banyak berkelamin (bersetubuh).
  2. Selalu cemas.
  3. Banyak minum air ketika makan.
  4. Banyak makan bahan yang masam.
Empat perkara menajamkan mata:
  1. Duduk mengadap kiblat.
  2. Bercelak sebelum tidur.
  3. Memandang yang hijau.
  4. Berpakaian bersih.
Empat perkara merosakan mata:
  1. Memandang najis.
  2. Melihat orang dibunuh.
  3. Melihat kemaluan.
  4. Membelakangi kiblat.
Empat perkara menajamkan fikiran:
  1. Tidak banyak berbual kosong.
  2. Rajin bersugi (gosok gigi).
  3. Bercakap dengan orang soleh.
  4. Bergaul dengan para ulama.
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Doa. Zikir… Itulah kekuatan seorang muslim .



Sunday, 5 February 2012

Pesanan kepada seorang teman

KAWAN adakah anda hendak pilih.............

A. Kaya tetapi tidak berakhlak

B. Sombong tetapi berwajah macho atau cute

C. Pemurah tetapi berfikiran jahat

D.Pendusta tetapi berwajah baik

Antara berikut manakah pilihan anda ....... jeng..jeng..jeng....Di sini ada beberapa tip-tip ringkas yang dpat membantu untuk menjawab soalan di atas...







Bergembiralah anda dengan kawan yang bertopengkan manusia ...









Nikmat Suara



“Ada dua kenikmatan yang kebanyakan manusia rugi (terhalang dari mendapat kebaikan dan pahala) di dalamnya,    iaitu  kesihatan dan waktu lapang.